Majlis Kahwin Langg4r SOP, Polis Tunggu Kamal Adli & Uqasha Senrose Pulang Dari Umrah – Lubuk Viral

Semalam, kec0h di media sosial selepas tular beberapa video yang memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang diadakan di Genting Highlands pada 15 Disember lalu tidak mematuhi SOP.

Video tersebut telah mengundang kemarahan netizen sehingga ada membuat laporan mengenainya kepada pihak berkuasa dan polis kini katanya sedang mengenal pasti kesemua individu yang hadir di majlis tersebut.

Polis tunggu Kamal & Uqasha pulang umrah 

Pun begitu menurut mStar, teka-teki mengenai siapa pasangan selebriti tersebut terjawab apabila pihak polis memaklumkan mereka akan memanggil Kamal Adli dan Uqasha Senrose bagi membantu siasatan berhubung majlis mereka setelah pasangan itu pulang dari umrah.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, selain pasangan pengantin, polis juga akan memanggil kesemua tetamu dan pemilik villa di Genting Highland, Pahang yang menjadi lokasi majlis berlangsung.

Pengantin, tetamu, penganjur dan pemilik villa yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kita boleh kesan daripada senarai nama RSVP yang ada… saya yakin pasangan selebriti ini juga ada senarai nama tetamu yang mereka jemput. 

“Tak apa, pengantin tunaikan amal ibadah (umrah) mereka dahulu, tunggu balik… dah selesai kuarantin barulah kita akan panggil. Ini hanya kes melanggar SOP,” katanya.

Terdahulu, menerusi video yang tular, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan kerajaan.

Majlis itu katanya berlangsung jam 8.30 malam dan dihadiri oleh saudara mara dan kenalan rapat pasangan.

Malah pengarah terkenal, Micheal Ang juga berkongsi beberapa foto dan video yang menunjukkan majlis resepsi dan berinai yang diadakan pasangan itu serta Anuar Zain antara penyanyi yang diundang membuat persembahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Bertemakan Bollywood, pengantin juga dilihat menari bersama-sama untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Kes ini kini disiasat mengikut Perkara 17, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berj4ngkit (PPDPPB) 2021.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://lobakmerah.com/