Dah selamat nikah, pengantin batal majlis kahwin saat akhir! Kesedih4n terubat dapat jamu lauk kenduri buat m4ngsa banjir

BANJIR yang mel4nda Lembah Klang akibat hujan lebat sejak Jumaat menyebabkan sepasang pengantin terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang telah lama dirancang.

Walaupun tiada pelamin mahupun busana pengantin, namun kedua-dua mempelai ini tetap ceria menyambut hari bahagia mereka di pusat pemindahan.

Ibarat ‘kenduri kahwin’, pengantin menjamu mngsa-mngsa banjir dengan juadah yang sepatutnya dihidangkan buat tetamu pada majlis persandingan mereka.

Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan, Nur Asyiqin Md Hamdan berkata, dia dan suami bernikah pada petang Jumaat lalu.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, majlis persandingan di sebelah keluarganya dirancang untuk diadakan di venue Grand Gerbang Hall di Meru, Klang pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami dah rancang sejak Jun lalu. Tapi hujan tak berhenti sejak Jumaat menyebabkan rumah kami di Meru dimasuki air pada mulanya naik ke paras buku lali.

“Air kemudian semakin naik sejak awal pagi Sabtu, jadi kami mula bincang sama ada mahu meneruskan atau membatalkan majlis kahwin,” katanya ketika dihubungi.

Agihan makanan di pusat pemindahan di SMK Meru di Klang, Selangor.

Asyiqin berkata, mereka menerima panggilan daripada pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan katering dan dewan untuk mereka bagi membincangkan tentang situasi banjir.

“Sebelum air naik mendadak, kami cadang untuk mengurangkan jumlah makanan daripada 1,000 pax kepada 500 pax sebab saudara-mara dan keluarga pihak dah ada di Klang.

“Tapi bila paras air di luar rumah dah cecah paras rumah. Kami sendiri terperangkap, tak ada jalan keluar untuk ke venue majlis,” ujarnya yang berasal dari Klang.

Pelbagai juadah disediakan di pusat pemindahan.

Menurut Asyiqin, selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan penganjur, majlis persandingan mereka pada Ahad terpaksa dibatalkan berikutan situasi banjir semakin buruk, dan makanan dikurangkan kepada 300 orang.

“Kami termasuk keluarga suami yang datang dari Kuantan, Pahang terkandas di rumah, sebelum kesemuanya dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru pada awal pagi Ahad,” katanya sambil menambah pemindahan melibatkan kira-kira 25 ahli keluarganya dan suami.

Penduduk di pusat pemindahan tidak melepaskan peluang untuk mengambil juadah kenduri. foto facebook Ahmad Firdaus Misnan

Dia yang berpengalaman bertugas sebagai guru taska menganggap banjir yang berlaku sebagai satu ujian baginya yang baru mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

“Apa yang lebih penting adalah kami berusaha untuk selamatkan kedua-dua keluarga terutama warga emas dan kanak-kanak. Keselamatan keluarga diutamakan.

Kami seronok tengok ramai gembira mengambil makanan yang disediakan. Niat untuk berkongsi rezeki bantu melegakan rasa sedih

NUR ASYIQIN MD HAMDAN

“Berdasarkan perbincangan bersama keluarga, makanan yang sepatutnya dihidangkan di majlis kahwin, dibawa ke pusat pemidahan.

“Saya dan suami agihkan kepada mngsa-mngsa banjir dan team Grand Gerbang Hall turut turun padang membantu melancarkan urusan agihan,” tambahnya.

Asyiqin (duduk, kanan) dan Nabil (duduk, kiri) bersama ibu bapa masing-masing.

Asyiqin berkata, agihan makanan katering seperti nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam dan sambal goreng kepada penduduk yang terjejas akibat banjir sedikit-sebanyak mengubat kesedih4nnya.

“Kami seronok tengok ramai gembira mengambil makanan yang disediakan. Niat untuk berkongsi rezeki bantu melegakan rasa sedih kami.

“Apa yang membuatkan kami lebih bersyukur apabila perkara wajib iaitu nikah dah selesai menyatukan kami sebagai suami isteri.

“Terima kasih kepada Grand Gerbang Hall yang sangat membantu dan memahami dengan situasi banjir yang dihadapi kami. Kami bersyukur juga ramai yang mendoakan kami… benarlah orang kata setiap kesulitan pasti dipermudahkan-Nya,” katanya.

 

Komen Netizen :

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*