Bukan hanya bersuara merdu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza , juga dilihat ramah dengan orang sekeliling dan bermurah hati dengan menghulurkan ‘tip’ kepada petugas barisan hadapan baru-baru ini.
Seorang petugas wanita @cikjan_88 berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti melakukan ‘drive-thru’ ujian saringan c0v1d-19 dipercayai di sebuah fasiliti kesihatan.
Selepas membayar caj ujian saringan, penyanyi lagu Purnama Merindu itu dilihat sempat memberikan lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan oleh mereka yang bertugas.
“Betapa rendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas. Terima kasih Mak Iti,” tulis @cikjan_88.
Sementara itu, wanita berkenaan mengakui teruja apabila dapat bertemu dengan Tok Tik apatah lagi dia adalah salah seorang peminat di bawah ‘Siti Zoners’ namun jarang mempunyai masa bagi menyertai acara selebriti tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, video pertama itu menerima hampir 362,000 tontonan dan dipenuhi komen positif warganet yang memuji tindakan murni Tok Ti selain mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://www.viralmy.me/
Leave a Reply