MACAM-macam gelagat dan telatah setiap pasangan yang baru berkahwin.
“Mcm ni la kahwin dgn member” -Sesi fotografi paling menc4bar… lelaki akui isteri tak biasa manja-manja
Bukan sekadar darah gemuruh ketika akad nikah, malah perasaan malu-malu selepas masing-masing sah bergelar suami isteri.
Begitu juga ada adegan lucu di mana seorang pengantin perempuan yang tersipu-sipu malu ketika sesi penggambaran foto bersama lelaki yang baru dikahwininya.
Berkongsi pengalaman, pengantin lelaki, Muhammad Syarihan Nor Azmi berkata, dia dan isteri melangsungkan pernikahan di Seri Iskandar, Perak, pada 4 Disember lalu.
Pemuda berusia 26 tahun itu memberitahu, dia mengenali isterinya yang juga sebaya dengannya sejak tingkatan empat tetapi kedua-duanya di sekolah berlainan.
View this post on Instagram
“Tapi kami sekadar kawan saja masa tu. Hanya mulai rapat beberapa tahun selepas itu apabila menjadi rakan di Facebook.
“Selepas itu barulah menjadi lebih rapat. Nak kata BFF (best friend forever) pun tak, macam kawan biasa pun tak… setiap hari kami call,” katanya kepada mStar.
Menurut Syarihan, hubungan mereka hanya memasuki fasa lebih serius pada 2018 sebelum bertunang pada Disember 2020.
Syahiran (kiri) dan isteri bernikah pada 4 Disember 2021.
Mengenai tular video isterinya yang malu-malu, dia yang berasal dari Kampung Gajah di Perak Tengah berkata, ia berlaku ketika sesi penggambaran foto sejurus selepas akad nikah.
“Isteri saya ni sejenis bukan nak manja-manja depan orang. Masa lepas akad nikah tu memang ramai orang, ada kawan-kawan dan saudara-mara tengok.
“Jangankan bila ramai orang, masa kami keluar berdua dulu pun jauh-jauh. Dia tak biasa manja-manja… nak kata dia kasar pun tidak, sweet orangnya,” ujarnya.
Jangankan bila ramai orang, masa kami keluar berdua dulu pun jauh-jauh. Nak kata dia kasar pun tidak, tak kasar pun tidak tapi sweet orangnya.
MUHAMMAD SYARIHAN NOR AZMI
Namun kata Syarihan berkata, isterinya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu tidak kekok untuk bergambar bersama.
“Dia memang pemalu sangat orangnya. Pernah saya buat surprise sambut birthday dia dan bawa kek kat restoran, dia malu sangat bila orang pandang-pandang.
“Mesti ada yang tak percaya macam mana kami boleh rapat walaupun dia segan sangat. Dulu kami mula rapat pun menerusi media sosial.
“Bila masing-masing sambung belajar dan jauh dari keluarga, kami yang beri sokongan antara satu sama lain sehingga menjadi rapat,” tambahnya.
Syahiran menyifatkan isterinya seorang yang romantik.
Syarihan yang bertugas sebagai penyelia dalam bidang peruncitan itu bagaimanapun akur bahawa isterinya lebih bersikap romantik dalam perhubungan.
“Nampak je isteri ni malu-malu. Tapi dia sebenarnya lebih pandai buat surprise daripada saya. Setiap kali birthday saya, dia akan sambut dan beri hadiah.
“Saya masih ingat dulu masa belajar, masing-masing susah sebab banyak guna duit untuk projek hujung semester. Tapi isteri semangat menabung semata-mata nak sambut birthday saya,” katanya sambil menambah dia dan isteri masing-masing menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor dan UiTM Shah Alam.
Dalam pada itu, Syahiran berkata, isterinya lebih selesa ketika sesi penggambaran foto pengantin di luar kerana tiada ramai orang ketika itu.
“Masa sanding dia okay sebab tak ada adegan manja-manja depan orang ramai. Masa selepas nikah tu je kena babak manja-manja sikit nak bersalam dan acara membatalkan air sembahyang,” katanya yang berhasrat untuk berbulan madu di Korea Selatan.
Leave a Reply