“No men, no problem” – DSV Mahu Gembirakan Diri Sendiri, Duduk Hotel RM50,000 Semalam

Sebaik sahaja selesai isu ‘putus cinta’ dengan pembantu peribadinya, Dato’ Seri Vida kini dilihat seringkali memuat naik posting yang menunjukkan dirinya sedang bahagia tanpa kehadiran mana-mana lelaki di sisi.

Malah perkara ini juga dilihat semakin menjadi-jadi semenjak Iqbal terbang ke Indonesia demi melupakan segala kisah pahitnya dengan usahawan kosmetik itu dan netizen yang sering mengecamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Duduk hotel semalam RM50K

Pun begitu, perkongsian terbaru DSV di TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen selepas dia dikatakan kini sedang bercuti di sebuah hotel yang bernilai RM50,000 semalam.

Kapsyen di video tersebut juga dalam nada berseloroh menulis,

“Ada nampak saya sedih?”

Tak cukup dengan itu, DSV juga dilihat memuat naik video bersama staf hotel berkenaan sambil menari dan mengatakan dia tidak pun merasa sedih dengan apa yang berlaku.
Malah menurutnya lagi, lebih baik layan TikTok daripada mengenangkan hal ‘Habis Madu Sepah Dibuang’.

“Dia layak bahagiakan diri dengan duit yang dia cari” 

Perkongsian TikTok dari DSV telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana antaranya menyokong tindakan usahawan itu untuk bergembira bersama keluarga daripada memikirkan hal yang tidak penting.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan DSV masih belum benar-benar move on dari Iqbal berdasarkan kapsyen-kapsyen yang ditulisnya di video berkenaan. Ye ke? 

Bak kata orang, putus cinta tu tak sakit tapi putus dan masih cinta tu yang sakit kan? Harap DSV cepat move on ya. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: lobak merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*