Alhamdulillah KWSP umum berita buat ramai lega. KWSP dedah akan keluarkan kemudahan dan pengeluaran terbaru.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri. Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan sakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian. Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa ISWC 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan neg.atifnya kepada manusia,” kata beliau. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata antara perkara yang paling membimbangkan akibat daripada pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.

“Isu ketaksamaan ini telah wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara telah cuba mengurangkan impak CVDI9 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat. Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa- kuasa berpengaruh dalam negara, telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.

ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa ISSA. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual menutup persidangan ini esok. Sumber : Online Malaya

Baru Je Rakyat Desak Kerajaan Beri One Off KWSP RM10 Ribu. Ini Respond Mengejutkan Dari Pihak KWSP Kenapa Susah Nak Bagi.

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka.

6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Lantaran itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi. Sumber: KWSP via Astro Awani.

Baru Je Umumkan Pasal Bajet 2022. Terkejut Bila Ini Yang Terjadi Dekat Laman Facebook Ismail Sabri .

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Sebanyak RM 332.1 b.ilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM 2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM 2,500. Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM 500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM 5,000.

Bantuan tambahan RM 300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.

Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kem.iskinan Makanan 2019 iaitu RM 1,169, berbanding RM 980.Kerajaan sediakan RM 25 j.uta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Sebanyak RM 32.4 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Kes.ihatan. Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan v.aksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi n.ikotin.

Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.

Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 j.uta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. RM 70 j.uta diperuntukkan untuk pastikan i.su kes.ihatan m.ental diberi keutamaan.

RM 52.6 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM 14.5 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150, dijangka manfaatkan 3 j.uta murid yang layak.

RM 1 b.ilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM 140 j.uta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

RM 120 j.uta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. RM 746 j.uta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah 112 projek dan Sarawak 165 projek.

RM 50 j.uta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM 400 j.uta. Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM 100.

Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 450 j.uta. Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM 2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.

Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022. RM 6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

RM 4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia JaminKerja, jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan. Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.

Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM 1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan b.anduan.

80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme MySTEP RM 1.1 b.ilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 hingga 2023.Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.

Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM 75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.

Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.

Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM 30 j.uta. RM 80 j.uta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.

Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM 550 akan bantu 56,000 isi rumah.

Pelepasan cukai hingga RM 4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela. Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM 350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.

RM 11.4 b.ilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera. RM 1.5 b.ilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Pemberian khas sekali bayar RM 500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.

RM 200 j.uta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM 274 j.uta kepada komuniti Orang Asli.

RM 10 j.uta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan. Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM 4 sehari.

Geran RM 6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM 50 j.uta, manakala RM 50 j.uta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.

Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita. RM 30 j.uta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM 3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023. RM 13 j.uta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.

Baru Lepas Umum, Ramai Luahkan Perasaan Dekat FB Perdana Menteri

Kredit : BH/OM

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*