Akhirnya rindu terubat… S4yu saat video call bersama ‘kembar’ arw4h abang, sekeluarga terkedu pertama kali dengar suara….

“BILA Abang Syahir beri salam, semua terkedu!”

Demikian kata Norizh Zaidi ketika bercerita mengenai perbualan keluarganya dengan bekas tekong sepak takraw kebangsaan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, menerusi panggilan video (video call) pada petang Jumaat.

Kisah Norizh yang berhasrat mahu mempertemukan keluarganya dengan Mohammad Syahir kerana atlet itu mempunyai wajah seiras dengan arwah abangnya, Muhammad Idiaz Zaidi, menjadi tular di media sosial selepas dia memuat naik video di TikTok.

Dengan bantuan kuasa viral, kisah Norizh mendapat perhatian Mohammad Syahir lantas dia meluangkan masanya untuk menghubungi keluarga wanita berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita dengan mStar, Norizh berkata panggilan video menerusi aplikasi Whatsapp dan sesi ‘live’ di Instagram itu berlangsung kira-kira 40 minit dengan disertai oleh seluruh ahli keluarganya.

“Semua yang ada terk3du apabila pertama kali dengar suara Abang Syahir. Iyalah, rindu sangat selepas dah tujuh tahun tak jumpa arw4h abang. Suara mereka seakan sama tapi Abang Syahir ada loghat utara sebab dia berasal dari sana.

“Bukan saja ibu, tapi makcik saya yang rapat dengan arw4h abang pun seb4k dan menangis bila dengar suara Abang Syahir. Boleh kata 15 minit pertama, penuh dengan es4k tangis.

1

Norizh akhirnya bertemu dengan ‘kembar’ arw4h abangnya yang meningg4l dunia tujuh tahun lalu.

“Menangis sebab rindu dan terharu. Ibu banyak bercerita pasal arw4h, kenalkan adik-adik saya kepada Abang Syahir. Ibu suruh Abang Syahir panggilnya dengan panggilan Mama Ida, tapi dia tanya, ‘nak panggil mama boleh?’. Lagilah ibu terharu.

“Ayah saya pun dia minta nak panggil ‘ayah’. Abang Syahir kata bila tengok ayah, dia teringat kepada arw4h bapanya yang sudah meningg4l dunia,” kata wanita berusia 24 tahun ini.

2

Suntingan yang dilakukan oleh Norizh untuk membandingkan persamaan antara arw4h abangnya dengan Mohammad Syahir.

Abang sulung Norizh, Muhammad Idiaz Zaidi, meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berusia 18 tahun kerana terlibat dengan kem4langan jalan raya.

Tragedi tersebut benar-benar membuatkan keluarga Norizh terkesan kerana arwah ‘pergi’ dengan mengejut ketika di usia muda.

Sehinggalah lima tahun selepas tragedi berkenaan, Norizh kali pertama terlihat wajah Mohammad Syahir di kaca televisyen yang mempunyai iras seperti arw4h abangnya.

Boleh kata 15 minit pertama, penuh dengan esak tangis.

NORIZH ZAIDI

Usaha untuk menghubungi Mohammad Syahir menerusi mesej di media sosial tidak berhasil sehinggalah dia memuat naik video di TikTok dan menjadi tular, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Norizh yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, sesi live di Instagram tersebut turut disertai oleh pengikutnya dan juga rakan-rakan arw4h abangnya.

“Ada kawan-kawan arw4h turut cakap terima kasih kepada Abang Syahir sebab gembirakan ibu kami. Abang Syahir pun tak sangka orang yang kami rindu, sama macam wajahnya. Dia kata kalau ibu rindu dan nak berbual, call saja bila-bila masa.

3

Hubungan Norizh dengan arw4h abangnya begitu akrab kerana hanya berbeza setahun.

“Alhamdulillah, lepas juga hajat nak buat ibu gembira. Selepas letak panggilan tu, ibu kata happy sangat sebab dapat bercakap dengan Abang Syahir.

“Manager Abang Syahir kata dia akan aturkan satu pertemuan pula nanti, InsyaAllah. Tapi tak tahu bila lagi. Dapat buat videocall ni pun dah seronok.

“Terima kasih Abang Syahir sebab luangkan masa hubungi keluarga kami,” katanya lagi.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*