Dikatakan hampir setahun tidak duduk sebumbung. Isteri pengasas terkenal men4ngis luah segalanya

Selesai membahasakan dirinya sebagai Kak Migha, isteri kepada El Azman ini disifatkan seorang wanita yang tak boleh duduk diam.

Ada saja benda yang mahu dibuat usahawan ini sejak masih bergelar penuntut universiti suatu ketika dulu. Enggan melihat generasi muda hari ini terbuai dengan keseronokan dunia perniagaan tanpa mendalami selok-belok bidang berkenaan, Nur Amirah Maulat Abdullah terpanggil untuk berkongsi rahsia.

“Kena ingat, bukan semua rezeki dia dalam business, setengah orang usaha sikit hasil kebabom, setengah orang usaha banyak tapi tak ada hasil. Sebab semuanya dari Allah. Jadi kalau boleh, nak berbisnes biarlah kena dengan cara. Kalau sambil study, buat part time pandai bahagi masa. Dapat duit lebih simpan jangan joli.

Tak tahu nak habaq lagu mana, tapi ilmu tu penting, Kak Migha start business masa umur 23 tahun habis study. Kerja juga office. Sambil kerja sambil business online.

Sampai satu tahap income masuk sehari ribu-ribu baru berhenti kerja. Bukan sehari masuk 5 order terus berhenti. Buat apa pun fikir dengan waras,” tegasnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi Mara.

Nur Amirah yang kini mengusahakan perniagaan kosmetik Kayra Health Beauty selain meluaskan perniagaan jubah lelaki dan wanita di bawah jenama Elrah Exclusive brsama-sama suami yang juga seorang usahawan.

Hasil perkongsian hidup bersama El Azman, pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang anak iaitu Azkayra Malaiqa berusia 2 tahun dan Asytar Malik 9 bulan.

Diuji Dalam Perkahwinan, Setahun Tak Sebumbung

Sebelum ini katanya, dia dan suami sudah setahun tidak duduk sebumbung, malah sudah lima kali keluar masuk mahkamah kerana urusan rumah tangganya.

Bagaimanapun, hikmah PKP yang berlanjutan ini telah membuatkan kesnya terpaksa ditunda dan akhirnya dia dan suami memilih untuk berdamai.

Mengulas lebih lanjut, usahawan kosmetik menyatakan bahawa dia mengamalkan solat istikharah bagi memohon petunjuk sebelum membuat sebarang keputusan.

Tidak hanya itu sahaja, suaminya juga antara insan yang bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan mereka suami isteri sekaligus pertahankan keluarga yang dibina bersama.

Sehubungan itu, Amirah turut menyatakan bahawa dia hanya mengikuti segala yang telah ditentukan dan tidak mahu memberi tekanan kepada dirinya.

Tengah Live Semalam, Migha Luahkan Segalanya Yang Terpendam.

Video 1:

Video 2:

Video 3:

Video 4:

Kredit : Nona/FB

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.malaysiatime.me/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*