“Saya lelaki, kalau perempuan tak nak stay…” – Suami sedia lepaskan Nynaa Harizal seandainya…

KEMELvT rumah tangga yang berlaku di antara pelakon baharu, Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas terus menjadi perhatian ramai.

Menerusi sidang media khas yang diadakan Fahmi pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif di MFI Group itu memaklumkan usahanya untuk bertemu dan menghubungi Nynaa tidak berjaya semenjak isterinya  di bawa ke Johor Bahru.

Masih keliru dengan keputusan Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bercer4i secara mendadak, Fahmi berkata, dia masih berharap perkahwinan yang baharu dibina hampir tiga bulan lalu dapat diselamatkan.

“Antara alasan untuk bercer4i yang diberikan Nynaa adalah kami tiada persefahaman dan saya telah mender4nya secara emosi dan fizikal.

“Kami baharu dua bulan berkahwin, semuanya masih manis lagi. Kami tidak pernah bertengkar atau berg4duh besar. Saya tidak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, berjumpa rakan.

“Saya ada semua bukti bagaimana hubungan kami dalam tempoh dua bulan perkahwinan. Malah enam jam sebelum Nynaa di bawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa.

“Cuma peguam nasihatkan saya tidak dedahkan semua itu kerana tidak mahu mengganggu prosiding mahkamah. Bila tiba masanya, saya akan kongsikan agar semua orang boleh menilai,” ujarnya.

Fahmi masih berharap perkahwinan yang baharu tiga bulan dibina itu dapat diselematkan.

Ditanya apakah dia bersedia melepaskan Nynaa secara baik seperti yang dimahukan, Fahmi berkata, ia hanya akan berlaku seandainya Nynaa memaklumkan kepadanya sendiri sebab untuk bercerai.

“Saya lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu. Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian.

“Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin. Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa.

“Berbincang untuk cari jalan penyelesaian bersama. Kalau betul nak cer4i, buat cara baik. Dia failkan pencer4ian cara baik, tetapi tindakannya tidak seiring,” jelasnya yang mengakui sedih dengan apa yang berlaku.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu selepas tiga tahun berkenalan.

Pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama di Setia Alam.

Bagaimanapun Nynaa dalam satu kenyataan media pada Khamis men4fikan d4kwaan suaminya serta menyifatkan ia sebagai satu telahan yang tidak benar.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu memfailkan permohonan cer4i dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Percer4ian Cara Baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.

Sementara itu, usaha SinarPlus menghubungi pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2019 itu masih tidak berjaya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*