[Video] Isteri Cur1ga Kelib4t Wanita Lain Dari Gambar, Rupanya Ada Plot Twist Lain

Malah kebolehannya mengenalpasti individu itu turut mengejutkan ramai memandangkan dia hanya melihatnya berdasarkan pantulan pada kaca mata suaminya sahaja. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dua juta tontonan setakat ini.

Video:

@roserosanne13

Sampai hati suami

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan perbualannya bersama si suami di mana lelaki itu menghantarkan gambar semasa dia bercuti bersama rakan-rakan. Namun lain pula yang menarik perhatian si isteri apabila dia melihat kelibat wanita lain di dalam gambar itu.

Apa yang menariknya, dia hanya melihat kelibat itu berdasarkan pantulan pada kaca mata suaminya sahaja. Dia kemudiannya bertanyakan pada si suami tentang kelibat wanita yang dilihatnya itu.

lelaki

Namun rupa-rupanya, itu adalah salah seorang rakan lelakinya yang memakai tuala pada kepalanya. Malah suaminya kemudian turut berkongsikan gambar rakannya itu yang disangkakan wanita lain.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat situasi yang dialami lelaki itu. Dalam masa yang sama, ramai yang turut memuji ketajaman mata wanita itu yang mampu melihat kelibat pada pantulan kaca mata itu sahaja.

“Ku kira yati, ternyata bang jamal.”

wanita

“Mak ai mata pakai microscope ke…”

suami

“Mata perempuan jarang tak taj4m.”

komen

“Tapi kan gambar pertama tu macam ada sanggul. Saja nak bagi akak overthinking…”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*