Sibuk urus anak, Miera Liyana tiada masa untuk diri sendiri

SIBUK menjalankan tanggungjawab sebagai ibu pada Mei lalu, pelakon Miera Liyana mengakui dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi, dia sememangnya memberikan keutamaan kepada bayinya yang kini berusia tujuh bulan.

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap sejak bergelar ibu sebab tumpuan saya diberikan kepada anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun saya rasa bersalah.

Miera 1

Miera utamakan bayinya.

“Sebab saya rasa masa itu seharusnya untuk baby saya. Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi.

“Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu,” kata Miera kepada mStar.

Miera selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 16 Mei lalu namun sehingga kini masih merahsiakan jantina anaknya.

Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu.

MIERA LIYANA

PELAKON

Dalam pada itu, Miera mengakui dia dan suaminya, Rosland Othman, 47, masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina cahaya mata sulung mereka.

Miera juga meluahkan rasa syukur kerana mempunyai suami dan keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan anaknya.

“Buat masa ini saya belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulung dan keputusan ini adalah permintaan daripada suami

Miera 2

Miera bersyukur suami banyak bantu.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan melayan kerenah saya.

“Selain suami, mak saya turut banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu,” ujar Miera.

Untuk rekod, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada 26 Julai tahun lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*