“Selek3h, Kvat Makan Patut Tak Ada Zvriat” – Beby Tora Kna H1na Lagi, Followers Pesan Suruh Banyak Sabar

“Kalau mentua dia masih ada mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan,” demikian tulis netizen di laman sosial TikTok milik pempengaruh, Beby Tora.

Kasar dan mengguris hati, komen terbabit mendapat reaksi panas dalam kalangan netizen termasuk pelawak dan penyanyi Achey.

Katanya; “Terasa I tau… tapi kena ingat kebahagiaan da rezeki datang pelbagai cara.”
Beby Tora yang popular dengan video reviu makanan berkongsi komen terbabit dalam satu hantaran video dirinya sedang menikmati maggi oden.

Dihujani komen-komen menghina fizikal dan rezekinya yang masih belum dikurniakan zuriat, Beby Tora akui tersinggvng.

“Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa insecure dengan diri kita, rasa macam tak mampu nak bagi yang terbaik untuk suami kita.

“Sebab sampai sekarang kita masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang kita okey sebenarnya sebab family dan followers support kita.

“Bila kerap baca komen negatif dan tak elok, jadi down, sedih. Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang yang terlalu ambil tahu pasal saya.

“Komen kat saya ‘sebab makan banyak fast food sebab tu tak boleh pregnant’, ‘badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant’. Kadang-kadang saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu,” katanya.

@bebytoratoraReply to @mitty123450 nak tau beli mana rempah oden tu,tngok ja ig bebytoratora♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Dalam pada itu, Beby Tora berharap agar pengguna media sosial menulis komen yang lebih murni, berhemah dan lebih menjaga sensitiviti individu terutama wanita senasib dengannya.

“Orang kat luar sana faham perasaan tak dikurniakan anak ni. Mungkin kalian diberikan rezeki anak lebih awal, tak berhak cakap macam tu. Better diam je.

“Tak apa Allah tak bagi sekarang, Allah akan bagi nanti di akhirat,” tambahnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*