Gadis minta tolong ‘pakcik mana tah’ rakamkan video di PPV, “Paling tak reti malu!”

Menghadiri temujanji svntikan v4ksin di Pusat Pemberian V4ksin adalah satu pengalaman yang ramai golongan muda ingin dokumentasikan dalam rakaman mahupun foto.

Setelah selesai mendapatkan v4ksin juga orang ramai diberi peluang untuk bergambar di prop latar belakang yang disediakan, dan kebanyakannya akan saling meminta tolong pengunjung lain untuk mengambilkan gambar mereka.

Seperti seorang gadis ini pula, walaupun hanya menghasilkan video yang ringkas untuk menunjukkan dia telah hadir ke PPV untuk mendapatkan dos kedua v4ksin, hasil videonya itu tular dan mencuit hati ramai.

Apa tidaknya, kerana hanya datang seorang diri, gadis berkenaan terpaksa memikirkan cara untuk merakam video dengan kreatif. Jadi dia akhirnya membuat keputusan untuk meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenali.

Dalam video oleh gadis yang dikenali sebagai Tasha itu, dia dilihat memberikan arahan kepada seorang pakcik untuk merakam dirinya melambai kad v4ksin.

Pakcik yang tidak dikenali itu menuruti arahannya dan berundur sambil memegang kamera, walaupun kelihatan seperti tidak pasti apa yang dilakukannya.

Gadis tersebut kemudian mengucapkan terima kasih atas pertolongan pakcik itu, dan ternyata interaksi mereka membuat netizen terhibur.

“nak suruh orang tangkapkan gambar pun scan orang tu 10 kali …”

“mahu sampai rumah pakcik tu bawa…”

“Lepas ni ramai org cari pakcik ni utk buat video…”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*