Biar betul KL dah bebas dari PKPD. Tapi ini pula yang merunsingkan Selangor.

Sembilan lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ­ (PKPD) sejak 3 Julai lalu tamat hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan lokaliti itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Ba­lang dan Taman Koperasi Polis (Fasa 2). Turut ditamatkan Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Namun, nasib lapan daerah di Selangor yang membabitkan 34 buah mukim yang turut diumumkan PKPD sebelum ini masih belum diputuskan lagi. Terdahulu, pada 1 Julai lalu, Ismail Sabri telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Perintah tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 3 Julai dan dijadualkan tamat hari ini. Dalam pada itu, sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan PKPD bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.

Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry, Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau. “Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartmen Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai,” jelasnya.

Sumber : K! Online

 

Seronoknya boleh tengok orang luar tarik beg untuk pergi bercuti. Rakyat dah mula cembvru bila tengok ada pelancong dah boleh mula masuk Phuket.

Sejak semalam, tular beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket. Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik C0v!d.19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.

Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya mereka sudah mendapatkan svntikan v4ksin C0v!d.19 lengkap. Svntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib neg4tif ketika tiba di negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya neg4tif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.

“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, waranet Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.

“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa” “Bila lah Malaysia nak kurang kes ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa warganet. ifahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuar4ntin.

Sumber : Gempak

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes c0v!d terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa C0V!D.19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*