
Disangka menjalani kehidupan gaya Barat, pengacara ini terkedu selepas mendengar alunan merdu ayat suci Al-Quran daripada rapper ini.
Tidak dinafikan, kadangkala masyarakat sedikit skeptikal terhadap mereka yang terlibat dalam industri hiburan terutamanya hip hop. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga berlaku di luar negara.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang penyanyi rap Perancis dari Tunisia, Brulux berjaya membuatkan pengacara terkedu selepas beliau ‘diasak’ dengan dakwaan bahawa beliau sudah jauh dari agama Islam.
“Mereka mengatakan bahawa anda penyanyi rap, anda rap tentang perkara-perkara yang buruk, anda jauh dari Islam.
Bahkah mungkin anda tidak mengetahui Al-Quran.”
Dakwaan ini dibidas secara tenang oleh Brulux yang mengatakan tentu sahaja beliau tahu mengenai Al-Quran dan mendedahkan beliau dibesarkan dengan Islam.
Pengacara rancangan Fikret Sami Al-Fihri itu kemudiannya menghulurkan mikrofon dan meminta rapper Brulux membacakan ayat Al-Quran.
Dengan tenang, Brulux mengalunkan ayat ke-110 dari surah Al-Israa, cukup sempurna dan merdu dengan tajwidnya.
المذيع حاول احراج مغني راب فرنسي من اصل تونسي مدعيا بانه لا يعرف الاسلام او قراءة القران لكن الرد كان خرافي ?
pic.twitter.com/spX1WjARLd— Celebs World (@Celebrities_Wo) July 1, 2021
Reaksi pengacara tersebut pastinya terkedu kerana telahannya tidak tepat.
Semasa disoal sama ada Brulux menghafal Al-Quran berserta tajwidnya, Brulux dengan penuh yakin mengulang semula satu hadis sahih dari Riwayat Bukhari,
“Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quran.”
– Riwayat al-Bukhari (7527)
Dalam rancangan itu juga, Brulux mendedahkan yang beliau pernah belajar di Madrasah pada tahun 2001 di Paris.
Untuk video dengan sari kata, anda boleh tonton versi di bawah:
Posted by Osmanli Media on Tuesday, 13 July 2021
Brulux merupakan salah satu penyanyi rap yang terkenal di Perancis kerana memiliki gaya tersendiri dalam menyampaikan baris-baris lirik dalam lagunya.
Sebelum ini, dua orang anak yatim menjadi perhatian dunia selepas turut menghafl terjemahan serta halaman kitab suci ini sehingga diberikan gelaran Google Al-Quran.
Keduanya, Muhammad Ghozali Akbar, 12 tahun dan Kamil Ramadhan, 13 tahun merupakan tahfiz termuda di Indonesia menuntut di Sekolah Berasrama Islam Muttaqin (Muttaqin Islamic Boarding School) di Yogyakarta.
Banyak memenangi pertandingan menghafal Al-Quran, kedua-duanya mampu menghafal dan mengingati setiap halaman, nombor ayat susunan baris dan urutan dalam Al-Quran sejak berusia 11 tahun lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://odisi.my/
Leave a Reply