Semakin Ramai Wanita Tampil Ded4hkan Terima Mesej Peribadi Dari Petugas PPV, JKJAV Bersuara Tentang Isu Ini

Memasukkan respons daripada JKJAV dan ProtectHealth mengenai tindakan tatatertib yang diambil terhadap petugas yang melanggar privasi.

Semakin ramai wanita tampil mengatakan mereka menerima pesanan teks yang tidak diingini daripada kakitangan yang bertugas di pusat pemberian v4ksin (PPV).

Mereka menimbulkan kebimbangan mengenai bagaimana maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit yang didaftarkan di bawah Program Imvnisasi C0v!d.19 Kebangsaan (Pick) telah disalahguna.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan V4ksin (JKJAV) dalam responsnya berkata tindakan telah diambil terhadap petugas terbabit yang telah dikenal pasti.

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan bagaimana petugas berkenaan memperoleh nombor telefon wanita terbabit dan berapa ramai yang menerima g4ngguan.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini dilaporkan.

Bulan lalu, seorang wanita menerusi Twitter berkata, seorang doktor di PPV yang memberikan khidmat rundingan sebelum svntikan v4ksin menghantar pesanan teks yang tidak diingini kepadanya.

Ketika dihubungi, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd – yang mengawasi petugas perubatan di PPV berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa doktor berkenaan telah “disingk1rkan” setelah siasatan dibuat.

Lebih ramai wanita tampil

Ayu Syazreen Azmin, dijadual menerima v4ksin di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor pada 31 Mei lalu.

Ketika datang pada hari janji temu, seorang lelaki di kaunter pendaftaran mula bertanya dan bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan v4ksinasi C0v!d19.

“Saya kemudian beritahu dia yang saya dah kahwin,” kata wanita berusia 22 tahun itu kepada Malaysiakini .

Ayu menjelaskan dia berb0hong mengenai statusnya bagi mengelakkan daripada terus dig4nggu.

Namun, dia terkejut apabila lelaki itu menghantar pesanan melalui telefon bimbitnya pada hari berkenaan.

“Harapnya mereka buat sesuatu,” katanya, merujuk kepada pihak berkuasa.

Seorang lagi wanita di Twitter berkata, dia juga dihubungi lelaki yang sama selepas janji temu v4ksin di PPV berkenaan.

“Hai JKJAV (perkara) yang sama berlaku di IDCC Shah Alam.

“Sangat tak profesional untuk curi nombor saya tanpa kebenaran saya!

“Saya harap tindakan disiplin juga diambil. Tiada sesiapa sepatutnya melalui perkara seperti ini,”katanya.

Adik dig4nggu pesanan teks

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Idris juga menggesa JKJAV mengambil tindakan setelah adik perempuannya yang berusia 18 tahun dihubungi kakitangan PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menerima svntikan v4ksin pada 13 Julai.

Dia menyatakan rasa kesal kerana nombor telefon adiknya diambil tanpa kebenaran.

“Pihak berkuasa mesti tahu tentang ini dan ambil tindakan kerana melanggar pr1vasi. Wanita tidak sepatutnya berdepan perkara seperti ini, ” katanya.

Seorang lagi berkata, adik perempuannya juga dihubungi oleh lelaki yang sama dari PPV di WTC.

“Perkara yang sama berlaku kepada adik saya! Juga lelaki yang sama!

“Tolong ambil tindakan tatatertib. Dia ambil kesempatan dengan ikut mereka, kemudian (akan) minta mereka periksa (telefon mereka) untuk semak tarikh dos v4ksin kedua mereka dan dapatkan nombor telefon mereka,” katanya di Twitter.

Idris menjelaskan lelaki itu telah mengambil gambar profil MySejahtera adiknya dan mengesyaki dia memperoleh nombor telefon bimbitnya melalui cara berkenaan.

JKJAV dalam maklum balas kepada Idris mengatakan “tindakan tatatertib” telah diambil ke atas petugas tersebut tetapi tidak menyatakan secara terpeinci.

“CITF ingin memaklumkan bahawa tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut oleh agensi beliau, yang mempunyai dasar tiada tolak ansur dengan tingkah laku seperti yang telah dilaporkan,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*