Ini Antara Perkara Pertama Yang Ismail Sabri Lakukan Selepas Beliau Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di Putrajaya bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.

Bacaan Doa

Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Mesyuarat Bersama PM

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

‘Hari ini akan sibuk, pagi dan petang’ – Ismail Sabri

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pelantikan Ismail Sabri dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melantik Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai menteri kanan yang baru dan akan mengambil alih tugas kluster keselamatan yang dikendalikan Ismail sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan media sebentar tadi.

Perdana menteri juga bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan satu halaman itu, Ismail akan tetap memegang portfolio menteri pertahanan

“Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi kris1s kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata PMO.

Pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi 4andemik C0V!D.19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasvah dan berintegriti,” kata PMO.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://mediabawang.net/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*