Bergurau senda dengan ahli keluarga pastinya salah satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan antara keluarga. Namun lain pula yang berlaku pada lelaki ini yang cuba mengusik ibunya yang sedang memasak ini.
Pada awalnya dia dilihat cuba mengusik si ibu yang memasak di dapur namun kemudian berlaku plot twist lain yang membuatkan netizen berdekah melihatnya. Video itu juga tular dikongsikan dengan hampir enam juta tontonan setakat ini.
Assalamualaikum ll instagram: Ekosaputra20s #Cemiwiw
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat berada di dapur sambil ibu dan adik perempuannya sedang sibuk memasak. Dia kemudiannya berdiri di belakang ibunya itu dan cuba menganggunya yang sibuk di dapur.
Si ibu kemudian mengambil bekas di tepinya itu dan cuba memvkul lelaki yang berdiri di belakangnya itu. Namun lain pula yang berlaku apabila lelaki itu berjaya mengelakkan pukvlan dari ibunya itu.
Lebih malang lagi, adik perempuannya pula yang menjadi sasaran pukvlan itu tanpa disedari. Lelaki itu juga dilihat terus ketawa besar sebaik saja melihat orang lain yang menjadi m4ngsa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya. Ada juga yang bersimpati dengan nasib malang yang berlaku pada perempuan itu sedangkan dia tidak bersalah dalam hal ini.
“Yang tak bersalah jugak kena…”
“Lain yang buat lain yang kena.”
“Kesian perempuan tu…”
“Salah sasaran mak.”
Sumbertik tok
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: HCL
Leave a Reply