Lelaki Hanya Habiskan Duit….” – Fathia Latiff Sekolahkan Netizen!

Gara-gara mengkritik tindakannya yang menjalani rawatan aestetik filler di bahagian rahang, seorang warga maya telah ‘disekolahkan’ oleh pelakon, Fathia Latiff.

Tindakan itu dibuat Fathia ketika dia sedang melakukan ‘Instagram Live’, petang kelmarin.

“Dude jaga sikit mulut, awak tak tahu apa-apa tentang kecantikan.

“Diam kat situ, guys tak tahu anything tentang kecantikan. Guys yang dia tahu habiskan duit perempuan je,” katanya.

Jelas Fathia, jika tiada sebarang kata untuk dikatakan sebaik baiklah individu tersebut berdiam diri.

“Baik dia je kalau tiada perkara berfaedah, stay that way.

“Untuk perempuan, teruskan usaha mencantikan diiri anda, jangan risau untuk cantikan diri,” katanya.

Terdahulu, Fathia memuat naik video sambil mempromosikan kaedah membentukkan rahang tersebut untuk tatapan umum.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, menunjukkan Fathia menyuntik filler di kedua-dua belah rahangnya sambil mempamerkan hasil rahang sebelum dan selepas.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*