Istana Pahang tarik gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman, ini punca gelaran tersebut ditarik balik

ANUGERAH Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil serta Boy Iman telah ditarik balik berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pendaftar Darjah, Setiausaha Kerajaan Pahang, kedua-dua selebriti itu tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

Farid dan Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman juga perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Istana Pahang mengurnaikan darjah berkenaan bergelar Datuk kepada Farid pada 16 Disember 2017 manakala Boy Iman pada 24 Mei tahun sama.

Kedua-dua gelaran selebriti ini ditarik balik dipercayai disebabkan kedua-duanya pernah mempunyai k3s mahkamah.

Boy Iman diisytihar mufli1s oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020 berikutan kegagalan melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Pada 2017, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources ditah4n rem4n enam kali bagi membantu s1iasatan membabitkan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.

Mereka pernah direm4n di balai polis Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kedah dan Kangar, Perlis.

Sementara itu, Farid dijatuhi hukvman 13 bulan penj4ra bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jen4yah terhadap anggota polis dan empat bulan penj4ra bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopa4n oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*