“Jaga-jaga Encik Maslan, Lama Dah Sabar Ni” – Abby Abadi Tuntut Ganti RM160,000

Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak 2016, pelakon Abby Abadi kini enggan terus berdiam diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000.

Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama seorang individu dikenali sebagai Maslan Urmin, namun terp.aksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan pen.ipuan telah berlaku.

Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terp.aksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit, namun tidak juga selesai.

Pelakon drama Gerak Khas ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi m.angsa kepada individu terbabit.

Tambah pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.

Dia menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk dit.ipu dan diperdaya.

Kredit foto: IG Abby

Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Setakat artikel ini ditulis, difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*