Dakw4an Jemaah Masjid Kena K0mpaun, Pihak Berkuasa Tampil Beritahu Cerita Sebenar

Seremban: Tindakan ahli kariah Surau Taman Matahari Height Senawang, di sini, yang dipercayai berkumpul di ruang makan surau berkenaan semalam, dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Mereka dikatakan berkumpul di ruang makan berkenaan sambil menikmati makanan ringan selepas selesai solat Maghrib sementara menunggu waktu solat Isyak.

Anggota penguat kuasa yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan menyerbu lokasi terbabit dan menyoal siasat mereka yang berkenaan.

Jurucakap JHEAINS, berkata terdapat lebih lima individu berkumpul di ruang makan surau berkenaan antara waktu Maghrib dan Isyak.

Katanya, tindakan ahli kariah surau berkenaan melanggar garis panduan yang dikeluarkan jabatan itu mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“JHEAINS sudah mengeluarkan arahan sebelum ini mengenai larangan berkumpul di masjid dan surau sebelum dan selepas solat.

“Kebenaran solat berjemaah diberikan dengan mengikut kapasiti ruang solat masjid dan surau.

“Anggota penguat kuasa merekodkan semua nama individu yang terbabit dan mereka diberikan amaran serta diminta hadir ke pejabat ini dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya tadi.

Beliau berharap kes berkenaan tidak berulang dan menggesa semua pihak mematuhi SOP serta garis panduan yang dikeluarkan.

Terdahulu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli menegaskan umat Islam di Negeri Sembilan perlu terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan pihak berkuasa ketika berada dalam kawasan masjid, surau dan ketika bersurai selepas melaksanakan ibadah.

Beliau berkata, tindakan itu penting supaya tidak membuka ruang f1itnah kepada umat Islam dan dalam masa sama boleh terus melaksanakan ibadah dengan tenang di samping menghidupkan masjid dan surau.

“Setiap individu Muslim hendaklah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam agar tidak diperlekehkan oleh orang lain.

“JHEAINS tetap konsisten untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran SOP sama ada oleh individu, jemaah atau pihak jawatankuasa masjid,” katanya.

Bukan Kompaun

SEREMBAN: Bukan k0mpaun tetapi teguran diberikan kepada beberapa ahli jemaah surau Taman Matahari Height, Senawang dekat sini selepas mereka didapati tidak mengikuti prosedur standard 0perasi (SOP) yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Ia selepas tular di media sosial hari ini beberapa gambar jemaah surau tersebut yang dikatakan dik0mpaun sebanyak RM 1,000 oleh anggota penguat kuasa apabila mengadakan jamuan selepas waktu solat maghrib di surau berkenaan semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Nik Azlan Nik Man berkata, tiada sebarang s.aman atau apa-apa notis dikeluarkan oleh pihak Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS ke atas jamaah di surau berkenaan.

Tambahnya, d.akwaan bahawa pihaknya mengeluarkan k0mpaun juga adalah tidak benar kerana Pegawai Penguat Kuasa Agama tiada sebarang kuasa untuk menawarkan sebarang k0mpaun ke atas mana-mana individu.

“Gambar tular yang menunjukkan pegawai penguat kuasa sedang menulis seakan-akan k0mpaun adalah sebenarnya N0tis Perlntah Hadir untuk Memberikan Keterangan.

“Ini kerana penerima n0tis berkenaan disyaki melakukan kes.alahan di bawah S.eksyen 59 Enakmen J.enayah Syariah (NS) pindaan 2019 yang berkaitan dengan Engkar Arahan Pihak Berkuasa Agama kerana tidak mematuhi SOP Pengimarahan Masjid dan Surau yang dikeluarkan oleh pihak JHEAINS kerana mengadakan aktiviti jamuan dan menjamu makanan di antara jemaah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam kejadlan di surau tersebut semalam, seramai lima individu diberikan N0tis Perlntah Hadir Memberikan Keterangan tersebut dan kejadlan berlaku di antara waktu solat Maghrib dan Isyak.

Sementara itu, menurut Nik Azlan lagi, pihaknya setakat ini telah menjalankan kira-kira 10,000 pemeriksaan di surah dan masjid di Negeri Sembilan bagi memastikan jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Selepas peme.riksaan tersebut kami belum lagi mengeluarkan n0tis berkenaan sehinggalah semalam kerana dilihat ada yang mela.nggar SOP tersebut dan kami perlu bertegas.

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan termasuk pada waktu Subuh, kita sayang kepada umat Islam malah langkah ini juga bagi menjaga nama baik masjid dan surau di negeri ini,” katanya.

sumber: hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://trendingsangat.pw/jemaah-masjid-komp/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*