Kenali Shuk Sahar, Jom Intip Kediaman Mewah Pelawak Sensasi Ini!

Sensasinya nama Shuk Sahar sejak tahun lalu membawa hingga ke tahun ini.

Kisah rumah tangganya bersama Rossalennah Natassyiah Asshaferah sering diintai netizen berikutan kisah kecur4ngan dengan wanita bernama Fara Salleh.

Mengaku belajar dari kesilapan, hal sama berulang lagi tahun ini. Itu membuka peluang untuk netizen membongkar lebih mendalam perihal hidupnya.

Terbaharu, kediaman tiga tingkat milik pelawak kelahiran Pulau Pinang itu pula menjadi bualan ramai.

Menerusi beberapa keping foto yang dipercayai pernah dikongsikan pereka hiasan dalaman Shuk disebarkan semula oleh warganet.

Dekorasi berkonsepkan European itu cukup selesa buat Shuk dan ahli keluarganya berehat. Pemilihan perabot yang minimalis juga menjadikan ruang kediaman itu nampak luas dan mewah.

Lebih menarik, kediaman Shuk itu diubahsuai dengan penambahan bilik kaca yang menempatkan ruang gaming bersambung dengan bilik tidur utamanya.

Meninjau ruang itu, ia dilengkapi dengan meja snooker, mesin game arcade, kerusi urut dan PC game yang menjadi keg1ilaan jejaka masa kini. Memang complete!

Mengimbas semula perjalanan seni Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, langkah pertamanya menerusi rancangan Raja Lawak musim kelima (2011) bersama kumpulan Balas.

Shuk kemudiannya bertugas sebagai penyampai radio Hot FM dan mengacarakan beberapa rancangan popular termasuk I Can See Your Voice Malaysia selain acara hiburan tanah air.

Kerjaya Shuk turut disokong menerusi beberapa filem lakonannya seperti Adnan Sempit 2, Zombie Kilang Biskut, Suamiku Jatuh Dari Langit dan Keranda Tok Wan Terbang.

Pada 20 Disember 2015, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Sera dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*