Percaya Dengan Rezeki Allah, Nadia Brian Buka Mulut Tentang Isu Tawaran Hollywood

Pelakon-pelakon di Malaysia ramai yang berbakat sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.

Perkara sama juga hampir dicapai oleh pelakon Nadia Brian yang telah menerima tawaran untuk ke Hollywood namun terpaksa ditol4knya.

Sebab penol4kan itu dijelaskan menerusi Instagram story beliau pada 25 Januari 2021.

Menurut Nadia, punca penolakan itu disebabkan tawaran yang diberi tersebut tidak sesuai dengan status dirinya.

Tambahan lagi, aksi lakonan di Hollywood pula dikira agak keterlaluan dengan adanya adegan bercivm dan bog3l yang dikira normal di sana.

Nadia juga meluahkan rasa kurang senang apabila ramai yang memperlekehkan kualiti pelakon tempatan yang bakatnya dikira untuk pasaran Malaysia sahaja.

Ini kerana, pelakon-pelakon negara kita juga perlu menilai keseluruhan jenis watak yang ditawarkan buat mereka terlebih dahulu.

Selain itu, Nadia juga menyatakan bahawa beliau percaya akan rezeki daripada Allah.

Bagus tindakan Nadia ini yang matang dalam membuat keputusan.

Semoga kerjaya seni Nadia Brian akan terus berkembang walaupun buat masa ini terhad untuk dalam negara sahaja.

Sumber: Instagram Nadia Brian

 

 

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-percaya-dengan-rezeki-allah-nadia-brian-tolak-tawaran-hollywood-untuk-aksi-keterlaluan/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*