Gara-Gara Nama Panggilan Sama, Shukri Yahaya Kena Temp1as Shuk Sahar

Penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar, 35, sekali lagi terp4lit dengan kontr0versi apabila didakwa masih mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali dengan Fara Salleh.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada Sabtu lalu di laman Instagram (IG).

Namun malangnya, aktor kacak Shukri Yahaya, 32, pula terkena temp1as apabila ada segelintir netizen yang menyangka mereka adalah individu sama.

Rata-ratanya mula menyer4ng ruangan komen IG pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Mohd Shukri Yahaya itu membalas salah satu komen pengikut dengan menyatakan dia bukan individu yang dimaksudkan.

“Muka macam Shrek pun nak curang ke? Aku marah ni,” tulis seorang individu.

“Salah orang ni, muka aku macam SRK! Ini aku marah,” balas Shukri.

Terdahulu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*