Sebelum ini, ibu kepada pengacara popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendapat kr1tikan hebat dari netizen gara-gara membuat permohonan mendaftar ‘trademark’ daging harimau menangis yang dijual olehnya. Malah, beliau turut memuat naik video memberitahu bahawa produk tersebut telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Terbaru, menerusi Instagram Aunty Tini Kitchen, pihak Noor Khan Enterprise telah memuat naik kenyataan rasmi mengenai isu tersebut yang hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam.
Tak halang mana-mana syarikat
Menurutnya, pendaftaran ini adalah bagi tujuan melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan perkataan tersebut pada bungkusan produk. Tambah mereka lagi, ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna produk mereka di luar sana.
Dalam pada itu, pihak mereka tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi mana ianya tidak menyerupai bungkusan produk pihak mereka pasarkan. Akhir sekali, mereka memohon maaf atas kesilapan mereka dalam mengeluarkan kata-kata.
Individu Dakwa Ibu Neelofa ‘Ambil’ Resepi Daging Harimau Menangis Dari Sebuah Restoran Terkenal
Semalam, kecoh di media sosial apabila ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya itu. Susulan daripada isu tersebut, Noor Kartini memuat naik satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum mengapa pihaknya perlu melakukan pendaftaran tersebut.
Terbaru, menerusi Facebook Farhan Yaacob, lelaki ini mendakwa resepi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh Aunty Tini Kitchen itu merupakan resepi asal milik restorannya di Kelantan. Dia juga mendakwa memberikan resepi tersebut kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini.
Berkongsi resepi rahsia ini
Disclose isu Harimau Menangis Demi saya, isteri dan SIAM (Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food). To be honest, Resepi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan). Saya sendiri yang berkongsi resepi rahsia Siam tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka.
Saya, isteri dan Siam tiada masalah apabila mereka komersialkan (walaupun terasa hati kerana 1st priority mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah). Tetapi apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab. Ini adalah untuk clear semua part kerana ramai yang tahu dan tag saya di media sosial.
Menurut Farhan, dia mendakwa Auntie Tini Kitchen telah menggunakan resepi asal restoran miliknya yang dikenali dengan nama SIAM. Dia juga mendakwa resepi tersebut dikongsikan sendiri olehnya kepada pihak berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga mereka menghubunginya. Oleh kerana mempercayai konsep kekeluargaan, Farhan dipercayai telah memberikan resepi restoran tersebut. Jelas Farhan lagi, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video.
Biarlah semua berniaga
Ada dikalangan keluarga mereka yang membantah kerana 1st priority permintaan resipi atas dasar sebuah keluarga, dan saya tidak dimaklumkan secara rasmi idea komersial. Biarlah semua berniaga walaupun menunya sama, kerana benda sedap pasti akan ada yang menunggu. Hubungan Saya, Isteri dan SIAM serta keluarga Auntie Tini tiada apa apa isu dan bersahabat rapat sehingga saat ini. Perkataan ‘Gol’, tiada mana-mana negara claim, kerana perkataan ini membawa maksud sama, common.
SIAM bukan perintis Harimau menangis, sahabat kami sebelum ini dikenali Hostel Pantai juga popular dengan Harimau menangis, ia adalah hak milik sesiapa sahaja.
Di akhir perkongsiannya itu, Farhan memberitahu bahawa hubungannya bersama keluarga Noor Kartini tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga sekarang ini. Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu yang sama. Namun, mengenai Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja.
Sumber: Farhan Yaacob
“Belum Lulus Atau Jadi Hak Eksklusif” – Isu Harimau Menangis, MyIPO Nasihat Ibu Neelofa
Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) menasihati ibu kepada kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed supaya tidak mendahului pihaknya apabila mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif.
Perkara itu dijelaskan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin.
Menurut beliau, permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu.
Walaubagaimanapun sehingga kini ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.
“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif.
“Permohonan itu sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.
Beliau berkara demikian sebagai mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise yang tular sejak semalam.
Menurutnya lagi, MyIPO akan memproses permohonan tersebut seperti biasa yang mana sebarang keputusan dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain,” katanya.
Daging b4kar ‘Harimau Menangis’ patutlah tular, sedap tak terkata
PEMINAT makanan Thailand pastinya sudah biasa menikmati Daging b4kar Harimau Menangis ini.
Di negara jiran, menu ini dikenali sebagai Sua Rong Hai.
Rupa-rupanya senang sahaja cara membuatnya. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja. Cuma sos ikan saja mungkin korang kena beli.
Jika makan bersama sos hijau Thai, lagi padu rasanya. Cubalah!
Kata orang, menu ini dinamakan sebegitu kerana harimau menangis asbab dagingnya terlampau sedap.
Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam);1 kilo daging – ambil bahagian yang ada lemak baru sedap
*cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dalam daging
6 Sudu Besar Sos ikan (nampla)
6 Sudu Besar Sos tiram
6 Sudu Besar Sos lada hitam
1/2 cawan Minyak masak
1 sudu kecil Lada hitam tumbuk
Garam gula secukup rasa
Cara membuatnya;
Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak dan perap daging selama 1-2 jam.Sebelum bakar/goreng anda campurkan minyak masak dan gaul dengan sebati. *tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut dan juicy Daging bakar ‘Harimau Menangis’ patutlah tular, sedap tak terkata
Bahan-bahan untuk buat sos hijau;
3-4 biji cili api hijau
6 biji lada hijau
Segenggam daun ketumbar (sekali dengan akar)
6 ulas bawang putih
3 sb sos nampla
1/2 kiub ayam
1/4 cwn gula putih / gula kabung
1/4 cwn air limau nipis
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung
Cuba juga Kuih popular orang Banjar, kalakatar namanya
Cara membuatnya;
1. Kisar semua bahan kemudian masak dengan tepung jagung sampai pekat.
2. Sos hijau ni rasanya masam manis. Tak perlu letak garam banyak sangat atau langsung tak letak tak apa sebab dah ada rasa masin sedikit daripada kiub ayam tadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Page FB Thailand punya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : http://trendingsangat.pw/individu-ibu-neelofa-resepi-daging/
Leave a Reply