Tanggal 13 Januari lepas, genaplah usia Syifa Melvin yang ke-26. Berkongsi momen gembira di laman Instagramnya, Syifa bersyukur kerana dapat merasai detik itu.
Menurutnya, kekasihnya yang tidak didedahkan nama telah membuat sambutan ulang tahun kelahirannya dengan penuh istimewa.
Selain dari fine dining, kekasihnya juga telah membawa penyanyi Luqman Faiz dan Haqiem Rosli untuk menyanyikan lagu kegemaran Syifa.
“26 Year old and blessed to have amazing people around me, From Fine Dining dinner to another suprise,then suprise lagi siap bawak Penyanyi nyanyi lagu FAV i,Thank you for making me happy and happy setiap hari.. I am the happiest girl Alhamdulillah TQ❤️❤️❤️ .”, kongsinya.
Menggambarkan kekasihnya itu seorang pemain bola sepak kebangsaan, Syifa tetap enggan mendedahkan siap gerangannya dan memohon agar semua mendoakan yang baik-baik untuknya.
Sumber: Instgaram Syifa Melvin
Leave a Reply