
Membahagiakan ibu bapa ialah impian setiap anak demi membalas budi mereka yang telah banyak berkorban untuk kita.
Pelakon, Syafie Naswip menerusi laman Instagramnya telah berkongsi satu keratan video dimana dia dan adik- beradiknya telah memberi satu kejutan berupa sebuah rumah buat ibunya.
Menerusi video tersebut dapat dilihat ibunya yang terkejut dan terharu dengan kejutan dari anak-anaknya.
“Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah…
Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016.”
“Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus,
Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini.”
“Walaupun selepas 4 tahun,
Rumah ini masih belum siap sepenuhnya,
Aku terharu dan bersyukur,
Siapa sangka budak yang sering dih3rdik dan dih1na saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.”
“Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini,
Dan aku harap Allah permudahkan segalanya.
More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️“, kongsinya.
Perkongsiannya telah menyentuh hati ramai dan memuji sikapnya dan adik beradik terhadap ibu mereka.
Sumber: Instagram Syafie Naswip
Leave a Reply