
Penyanyi senior, Nora Ariffin ada berkongsi momen saat dirinya berjaya menjejak kaki di Gua Hiraq.
Nora telah berkongsi momen-momen tersebut di laman Instagram miliknya dan berkongsi serba sedikit pengalamannya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana hajatnya untuk menerokai kawasan itu termakbul dan dapat beribadat dengan tenang disitu.
“Yes!!!! Finally.????????????????
Alhamdulilah syukur pada Allah swt.
Setiap kali datang umrah, nora selalu berkata & berdoa.
Satu hari nanti, saya nak naik gua hiraq.
Allahuakbar….
…..
Allah maha mendengar doa nora selama ini.
Sejarah dlm hidup, Hari jumaat 10 Januari, jam 2 pagi, nora akhirnya berjaya sampai di puncak GUA HIRAQ..
Lebih istimewa, tanpa perlu beratur ramai & menunggu lama, nora dapat solat tahajud & berdoa dgn cukup tenang.
Terasa aura Rasullullah…bila kat sini.
Allahuakbar….Sukar digambarkan dgn kata2.
Mula naik jam 2 pagi, ambik masa 1.30 jam, cuaca yg agak sejuk, berangin, gelap, kena pakai touch light, tangga yg sangat curam dan menakutkan juga, amat memerlukan stamina yg luarbiasa.
Alhamdulillah…its a teamwork.
Semua masing2 memberi semangat & help each other.
Gigih juga nk sampai….al maklum lah, umur 46, dah lama tak exercise, badan dan lemau & malam agak gelap….
Huhuuuuuu….mmg kerja gila jugak.
Hampir nk give up, sbb tak larat.
Namun….Demi ingin menghayati sejarah Rasullullah saw.
Nora teruskan juga.
Hasilnya mmg berbaloi. Speechless.????
Pengalaman yg paling manis & berharga dalam hidup nora buat selama- lamanya.
Kepada yg masih kuat, jom try naik gua Hiraq.
Semoga ini menjadi inspirasi buat semua.
Allahuakbar.
Tq @umrah.eco kerana telah menjaga saya & sahabat2 lain.
Jom umrah bersama @umrah.eco ????????”, tulisnya panjang lebar.
Dalam pada itu, Nora juga ada berkongsi foto-foto lain sepanjang dia berada di tanah suci Mekah.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Leave a Reply