
Setelah 10 minggu bersiaran, akhirnya Mentor Milenia 2019 melabuhkan tirai dan menobatkan Apex Tajudin sebagai juara sekaligus berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100 000 serta dua buah motosikal Benelli RFS 150i serta sebuah trofi.
Apex telah berjaya menewaskan tiga lagi pesaing yang lain menerusi lagu Merisik Khabar serta lagu Fantasia Bulan Madu & Langit Dan Bumi dimana dia berduet bersama mentornya, Hazama.
Malah, kejayaan anak jati Terengganu itu juga turut dikongsi oleh laman Instagram rasmi Mentor Milenia.
Melihat di ruangan komen, peminat telah menjangkakan kemenangan Apex dan mengucapkan ribuan tahniah atas kejayaannya.
Sumber: Instagram Mentor Milenia
Leave a Reply