[FOTO] “Nampak macam Elfira..”, Penampilan ber ‘ungu’ Jihan tarik perhatian ramai!

Bersempena dengan program Gegar Vaganza yang berlangsung semalam, penampilan pengacara Jihan Muse telah menjadi perhatian ramai.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa tampil anggun jelita apabila mengenakan sepasang dress berona ungu lembut.

Malah, dia turut berkongsi beberapa keping fotonya di Instagram dan menerima hampir 51 000 tanda suka.

Menerusi ruangan komen, peminat memuji penampilan Jihan yang tampak sesuai dengan rona tersebut. Malah, ada juga peminat yang menyamakannya persis Elfira Loy.

Sumber: Instagram Jihan Muse

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*