
Baru-baru ini, pernah tersebar ura-ura bahawa hos dan usahawan Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya menjelang tahun 2020.
Namun, perkara itu telah dinafikan oleh beliau. Malah, Neelofa turut mengatakan bahawa tiada sebarang perbincangan yang berlaku antara ahli keluarga berkenaan dengan perkara tersebut.
Namun, terbaru sebuah video gelagatnya di sebuah majlis perkahwinan sepupunya telah menarik perhatian ramai.
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik oleh Instagram lofaworld, Neelofa dilihat sedang berebut jambangan bunga oleh pengantin perempuan.
Telatahnya yang kelakar telah menghiburkan ramai dan ada yang berpendapat Neelofa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi memenadangkan usia nya sudah pun mencecah 30an.
Sumber: Instagram lofaworld, Neelofa
Leave a Reply