Umum maklum. semalam Wawa Zainal telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiga di Andorra Women & Children Hospital.
Bersyukur dengan anugerah itu, Aeril dan Wawa ada berkongsi beberapa keping foto buat tatapan peminat.
“Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya #wawabundleofjoy“, tulis Aeril.
Selain itu, Wawa juga sempat titipkan ucapan hari jadi Aeril yang ke-30 semalam.
“Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk baby????????????Tq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel“, tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, ribuan ucapan selamat dan tahniah dari peminat di ucapkan kepada mereka.
Sekadar info, Aeril dan Wawa telah berkahwin secara rahsia pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Attar, Hayla dan cahaya mata ketiga yang baru sahaja lahir.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel, Wawa Zainal
Leave a Reply