![aza](https://www.lubukviral.net/wp-content/uploads/2019/12/aza-678x381.jpg)
Pada hari Ahad yang lalu, pelakon Azar Azmi telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang duda anak dua yang juga merupakan seorang penerbit.
Menerusi Harian Metro, Azar mengatakan sudah lima tahun mengenali jejaka tersebut dan merancang untuk mengikat tali pertunangan selama setahun.
Majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup di Mesra Avenue, Keramat itu secara sederhana.
Menerusi laman Instagram Azar Azmi, dia turut berkongsi fotonya yang anggun mengenakan persalinan berona putih.
Menjengah di ruangan komen, peminat serta rakan artis mengucapkan jutaan tahniah kepada bintang yang berusia 30 tahun itu.
Sumber: Instagram Azar Azmi
Leave a Reply