“Ba bukan lah tak guna sgt macam org dok cakap.. “- Sharnaaz Ahmad tuju dedikasi buat anak

Berjaya memenangi tempat ketiga dalam acara perlumbaan s2k vios 2019 bersama Shuib, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa syukur dan gembira atas kejayaannya itu.

Sharnaaz turut menyifatkan kejayaan itu sebagai satu momen yang manis selepas kem3lut dalam rumah tangganya yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.

Sharnaaz turut berkongsi luahan rasanya itu di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur pada Allah yg maha kuasa, kami dari team @23motors bersama @shuibsepahtu dan @tarmimitahang telah berjaya mendapat tempat 3 dalam s1k vios 2019 .. kali pertama kami masuk dah Allah bagi kemenangan.. bukan sesuatu yg biasa bagi kami yg baru pegang stereng selasa lepas.. dan terima kasih buat dato @mr_twentythree dari @23motors for trusting my talent and ofcos sahabat saya @keifliothman45 sifu ku.. satu kemenangan yg sgt manis buat aku.. ada jugak kenangan yg manis setelah dihenyak dgn masalah tahun ni.. Boy, ba menang @jebatjayden .. ba bukan lah tak guna sgt macam org dok cakap.. Alhamdulillah syukur..”, tulisnya.

 

Menerusi di ruangan komen, peminat mengucapkan tahniah atas kejayaan Sharnaaz dan turut mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya.

Sekadar rekod, Sharnaaz Ahmad telah berkahwin dengan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden,.

Namun beberapa bulan yang lalu, rumah tanggnya telah dilanda badai dan difahamkan Sharnaaz hanya diberi hak kebenaran untuk melawat anaknya sahaja.

 

 

 

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*