
Jika sebelum ini, pelakon Anzalna Nasir ada menasihatkan orang ramai tentang kepentingan penggunaan car seat untuk anak-anak, menerusi posting terbarunya pula dia ada meluahkan rasa simpati kepada golongan kurang kemampuan untuk membesarkan anak.
Anzalna berkongsi luahan rasanya itu di laman Akaun Instagram miliknya.
“Kadang kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi. Bayangkan gaji tinggi pun terasa bebanan hidup inikan pula gaji rendah. Membesarkan anak tidak mudah seperti disangka sebab banyak keperluan yang perlu disediakan terutama sekali waktu bayi. Sejak ada Eidrees buat Anzalna sedar macam mana la keluarga yang hidup dalam kesempitan, tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan anak-anak. InsyaAllah Anzalna akan berjumpa dengan mereka. Thanks to my followers yang tolong Anzalna untuk cari keluarga yang memerlukan barang bayi/ keperluan ibu dan anak. Thank you @happikiddo_ tolong I juga. Diapers je tak cari lagi. Brand apa patut I beli? Siapa ada kenal lagi family yang memerlukan keperluan bayi please dm Anzalna. @mohamadeidrees pun akan buat #GIVEAWAY barang dia di page @mohamadeidrees . Ada baju, ada mainan, ada diapers dan macam-macam lagi..”, tulisnya.
Niat baik Anzalna ternyata mendapat perhatian ramai yang memuji tindakannya itu.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir
Leave a Reply