
Jaguh badminton dunia Dato Lee Chong Wei menarik perhatian warganet apabila dia telah menghadiri majlis graduasi pra-sekolah anak sulungnya.
Menerusi laman Instagram, Dato Lee Chong Wei berkongsi beberapa keping foto beserta dengan coretannya yang mengimbau saat dia berada di pra-sekolah dulu.
Menurutnya, pada waktu kecil dulu dia tidak mengerti pun apa itu majlis graduasi. Sebaliknya dia cuma mahu terima anugerah secepat mungkin kerana ingin bermain bersama rakan.
Tambahnya lagi, dia masih ingat ada beberapa orang rakannya yang menangis kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir, namun dia hargai kerana ibunya dapat hadir menyaksikan dia menerima anugerah.
Namun, dia luahkan rasa bangga dengan anaknya yang telah menerima dua anugerah dan salah satunya ialah anugerah ‘mengeja’.
Dato Lee Chong Wei turut berjenaka memberitahu anaknya jauh lebih baik darinya kerana dia langsung tidak pandai mengeja ketika kecil dulu.
Dalam pada itu, Dato Lee Chong Wei juga menyatakan hasrat agar sempat melihat anak-anaknya menerima anugerah sebenar di universiti.
Sumber: Instagram Dato Lee Chong Wei
Leave a Reply