“Tak nak korang tunggu lama..”, Alif Satar jawab ‘soalan’ solat ketika acara Ironman Langkawi 2019

Berjaya menamatkan larian Ironman Langkawi 2019, penyanyi dan hos Alif Satar meluahkan rasa syukur dan berkongsi beberapa momen di Instagramnya.

Namun, dalam yang memuji ada juga pihak yang pertikaikan waktu solat Alif serta peserta yang lain di dalam acara yang mengambil masa berbelas jam lamanya itu.

Tidak mudah melatah dengan komen netizen, Alif telah berkongsi sebuah video yang memaparkan perjalanan lariannya itu termasuk waktu solatnya.

Jelasnya, walaupun berada dalam larian yang mencabar namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim tetap ditunaikannya. ‘

“surprise!:) didn’t want you guys to wait too long.. so here it is, the last episode. Just wanna say thank you to all of you for being part of my Ironman Malaysia 2019 journey.. I hope it has inspired you to go further than you can ever imagined.So go on guys.. where do we go from here? UP!???????? p/s thank you to my @shutterspeak.my team and @cglah from Ironman Malaysia. FULL VIDEO ON MY YOUTUBE CHANNEL. LIKE, COMMENT & SUBSCRIBE”, tulisnya di salah satu entri Instagramnya.

 

Justeru, perkongsian Alif itu telah mematahkan pertikaian dari netizen dan turut mendapat pujian dari peminat serta rakan artis yang lain.

Sumber: Instagram Alif Satar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*