Sasha Saidin umum bakal berkahwin tahun depan, bakal berpindah ke Timur Tengah!

Pelakon jelita, Sasha Saidin mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang berstatus duda pada tahun depan.

Lebih selasa menggelarkan bakal suami sebagai Mr.W, Sasha Saidin mengatakan mereka akan mengadakan majlis akad nikah yang ringkas di ibu kota.

 

“Butiran perkahwinan belum ditetapkan lagi kerana saya seorang yang uruskan memandang bakal suami saya bekerja di luar negara.”

Tambahnya lagi, mereka bersetuju untuk mengadakan majlis yang ringkas kerana ini perkahwinan yang ketiga buat dia dan bakal suami.

 

 

View this post on Instagram

 

Goodnight Sashers ???? # ???? @mazuphotog

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Disamping itu, Sasha juga mendedahkan ada beberapa pihak yang menawarkan tajaan buat perkahwinan mereka dan dia menerima dengan terbuka rezeki itu.

Malah, Sasha turut memberitahu akan berpindah ke Timur Tengah sejurus selepas berkahwin kerana perlu mengikut suaminya.

“Bagaimanapun saya tetap akan berulang alik ke Malaysia untuk memenuhi tuntutan kerja disini. Saya juga akan mencuba untuk mengembangkan lagi kerjaya saya di sana kelak.”

 

Untuk rekod, Sasha Saidin pernah mendirikan rumah tangga bersama Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 tapi berpisah pada tahun 2007.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Indonesia, Salyo Priyanto namun bercerai pada tahun 2012.

Sasha dikurnikan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan keduanya.

 

Sumber: Instagram Sasha Saidin, Carian Google

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*