“Syurga atas dunia..”, Foto terkini keluarga TMJ & Che Puan Khaleeda raih perhatian rakyat!

Baru-baru ini, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim, telah berkongsi foto terbaru keluarganya buat tatapan umum.

Menerusi gambar tersebut, YAM Che Puan Khaleeda dilihat sedang bersantai bersama suami dan anakanda-anakanda di sebuah perkarangan taman.

Malah, beliau turut menyertakan kapsyen menghargai keluarganya itu.

“Heaven on Earth✨.. Wishing everyone a FUNDAY Sunday????”, tulisnya ringkas.

 

 

View this post on Instagram

 

Heaven on Earth✨.. Wishing everyone a FUNDAY Sunday????

A post shared by YAM Che Puan Khaleeda (@ymchepuankhaleeda) on

Difahamkan, foto tersebut juga adalah gambar pertama yang dikongsi setelah kelahiran anakanda yang baru, iaitu Tengku Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia 4 bulan.

Menerusi ruangan komeb, perkongsian YAM Che Puan Khaleed itu telah mendapat perhatian rakyat yang mendoakan keluarga bahagia itu.

Sumber: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*