
Pada 9 November yang lalu, pelakon Nadia Brian telah selamat mengikat tali perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya, Mu’izz Nasruddin.
Majlis nikah mereka dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan Nadia telah menerima mas kahwin berjumlah RM1000 manakala wang hantaran berjumlah RM50 000.
Maka dari itu, Nadia telah berkongsi satu rakaman video pre-photoshoot mereka di akaun Instagram milknya dan turut melakar luahan hati pada posting tersebut.
“Pre Wedding Videoshoot by @twinception.my ❤️
Buat Mui’zz ku,
Pernah sekali ku menolak lamaran mu,
Maafkan aku jika perbuatan ku mengvris hatimu, Mungkin pada waktu itu, ku fikir kita tidak serasi,
Tetapi selepas kita bertemu kembali,
Hati ku dapat merasakan bahwa kau yang terbaik buatku.
Ikhlas cinta mu padaku tidak pernah berkurangan,
Dan kau sentiasa mengagumi ku dengan ucapan hatimu yang lemah lembut.
Semua kehendak ku, semua impian yang pernah aku impikan, Kau sentiasa di sisi ku untuk membimbing ku,
Untuk memegang erat tangan ku dalam perjalanan ini,
Untuk membawa ku lebih jauh dalam lumrah kehidupan.
Senyuman mu membuat hari ku lebih sempurna,
Dan bayangan mu membawa ku keluar dari hari gelap ku, Membawa ku terbang ke awan tertinggi.
Terima kasih sayang,
Kerana memilih ku sebagai kekasih seumur hidup mu, Juga atas kejujuran dan keikhlasan hati mu.
Akan kita bina mahligai cinta yang terindah, Dimana kita akan tinggal selamanya, Hanya kita berdua,
Demi kisah cinta kita.
#muizzxnadiab“, tulisnya panjang lebar.
Pasangan sama cantik sama padan ini juga turut mengadakan majlis resepsi yang bertempat di Star Aveneu Subang pada hari Sabtu yang lepas.
Sumber: Instagram Nadia Brian, Twinception
Leave a Reply