
Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid ada berkongsi sekeping foto bersama suaminya, Raf Yaakob di akaun Instagramnya.
Menerusi foto tersebut, Raf terlihat lebih muda setelah bercukur dan membuang misai serta janggutnya.
“Cuba teka, apa yang lain dalam gambar ni?”, tulis Mawar ringkas.
Foto tersebut telah mendapat perhatian netizen dan memuji wajah Raf yang tampak lebih awet muda bila bercukur berbanding sebelum ini.
Untuk rekod, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Leave a Reply