Jika sebelum ini, pelakon Janna Nick memberitahu hubungannya dengan Dini Azan Schatzmann hanya sekadar kawan biasa.
Namun segalanya terbongkar apabila Janna akhirnya mengakui dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor berdarah kacukan itu.
View this post on Instagram
DAH TENGOK KE VIDEO #DINIJANNA ? Link in bio❗️ @dinischatzmann ❤️ OK KE TAK 1st video?
Janna mendedahkan hubungan mereka meniti ke tahap serius sejak Jun yang lalu. Bagaimanapun Janna enggan mengulas dengan mendalam mengenai hubungan mereka kerana ingin lebih tumpukan pada kerjaya anak seninya.
Dlam pada itu juga, Janna meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang jejaka yang baik hati dan sentiasa membahagiakannya.
“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar bertemu jejaka sepertinya. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur dipertemukan lelaki yang baik hati”, katanya ketika diwawacara.
View this post on Instagram
dia ni la PUNCA… dasar oink oink… #bukancintaaku aku 7malam ni @tv3malaysia REMY= @dinischatzmann
Sumber: Carian Google, Instagram Janna Nick
Leave a Reply