Ebit Lew Kongsi Gambar Bersama Nazim, Namun Ada ‘Benda Lain’ Yang Tarik Perhatian Ramai..”Saya Je Ke Yang Perasan?”

Beberapa hari yang lepas, penceramah Ebit Lew telah berkongsi satu rakaman video beliau berjumpa mata dengan pelakon Nazim Othman.

Ebit Lew berkata dia kagum dengan sikap merendah diri yang ada pada Nazim. Tambahnya juga, dia sempat bercerita dan berdakwah kepada Nazim Othman.

Beliau juga menyifatkan kejayaan yang dicapai oleh Nazim adalah salah satu amanah Allah jua.

“Sebak gembira baru sekejap tadi dapat berbual dengan @nazimothman . Baik dan rendah diri orangnya. Katanya penat kerja ustaz. Best buat dakwah macam ustaz.”

“Berbual-bual dan cerita padanya terkenal dan menjadi idola masyarakat ini anugerah Allah. Dapat sampaikan Islam pada semua orang. Macam Nazim Allah beri terkenal dan baik. ”

“Artis dan menjadi idola masyarakat. Baik dan lemah lembut orangnya. Gunakanlah untuk kerja dakwah ini insyaAllah untuk Redha Allah. Semoga Allah berkati hidup beliau dan menjadi asbab hidayah-ebitlew”, tulisnya di posting berkenaan.

 

Namun, dalam pada itu perubahan bentuk tubuh Ebit Lew juga turut menjadi perhatian ramai. Ramai yang memuji perubahan Ebit Lew yang semakin kurus.

Sumber: Instagram Ebit Lew

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*