“Sweet Mawi Ni Kan..”, Buat Kejutan Untuk Isteri Dan Kembar, Peminat Puji Sikap Mawi

Sempena ulang tahun kelahiran isteri, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah mengatur satu sambutan khas buat isteri kesayangan, Ekin dan pasangan kembar isterinya, Aen.

Difahamkan, sambutan ulang tahun kelahiran itu telah diadakan di sebuah restoran. Kelihatan dalam rakaman video yang dikongsi olehnya, Mawi menolak troli yang berisi kek buahan yang berupa dua patung perempuan.

Malah, rakan artis Along Cham juga turut hadir meriahkan majlis sambutan tersebut.

“Happy Birthday Ekin & Aen ????????

Semoga diredhai Allah dunia & akhirat ameennn ???? .”, tulisnya ringkas.

 

 

 

View this post on Instagram

 

#HariJadiKembar #EkinAen @ekinmawi_cahaya @aennrahmat05

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Dalam pada itu, ramai peminat turut memberi koman pada posting tersebut dan mengucapkan selamat ulang tahun pada pasangan kembar tersebut.

Untuk rekod, Mawi telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Cahaya Malaika yang kini berusia 6 tahun,

Sumber: Carian Google, Instagram Mawi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*