Pelajar laung azan Maghrib untuk hentikan kawan dari bermain futsal, tapi suara lunak yang jadi perhatian ramai!

Baru-baru ini, viral satu rakaman video seorang pelajar melaungkan azan untuk mengajak kawan-kawan berhenti bermain kerana sudah masuk waktu Maghrib. ‘

Namun, apa yang menarik perhatian ialah suara lunak empunya badan berkenaan yang dipuji ramai.

Perkongsian daripada seorang pelayar Twitter itu telah mendapat 13 000 ulang kicau dan ratusan komen daripada orang ramai.

Ketika memhubungi tuan empunya badan iaitu Mohamad Faiq Ainuddin Abu Hassan memaklumkan bahawa dia tidak menyedari gelagatnya itu dirakam oleh rakan karibnya.

“Sebenarnya pada waktu tersebut kami sedang bermain futsal. Bila sudah azan Maghrib kami mahu pulang tapi menyedari lampu masih lagi terpasang, ada lagi unit sukan yang lain sedang bermain.”

“Jadi saya cuma mahu menyakat mereka dengan melaungkan azan. Tapi tidak menyangka pula akan tvlar di media sosial.”, katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

Padu suara.. sebijik macam dalam tv. Suka la makcik-makcik dengar nk buat menantu hehe Kredit: Twitter ijeebster #mstarkongsi #mstarSH

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Akui mendapat komen yang melucukan dari orang ramai, malah dia turut mengatakan ada mak cik-mak cik yang berkenan mahu ambil dia sebagai menantu.

Tapi walau apapun, dia cuma menganggap itu semua sebagai gurauan daripada netizen.

Sumber: Carian Google, Instagram mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*