
Baru-baru ini, pelakon Ashraf Muslim telah menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Adam Ashraf yang ke-4.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut dihadiri oleh kedua orang isternya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah.
Walaupun diadakan secara sederhana, namun majlis yang bertemakan watak Captain Amerika itu tetap berjalan dengan meriah.
Ashraf juga turut berkongsi beberapa keping foto di Instagramnya,.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut mengucapkan selamat hari jadi kepada anaknya itu.
Untuk rekod, Ashraf Muslim telah berkahwin dengan Noor Dayana pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Anas Ashraf.
Dua tahun kemudian, dia mendirikan rumah tangga bersama Wan Sakinah sebagai isteri kedua dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Sumber: Instagram Ashraf Muslimn
Leave a Reply