
Setelah dikurniakan cahaya mata pertama 5 bulan yang lalu, pelawak Abam Bocey memberitahu bahawa dia tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata yang lain.
Tambahnya lagi, dia dan isteri sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua. Menurutnya, dia tidak merancang untuk jarakkan usia anak kerana bimbang sukar dikurniakan zuriat selepas ini.
Katanya lagi, isterinya juga tidak kisah dengan perancngan tersebut kerana dilahirkan bersam adik beradik yang ramai juga.
“Sekarang saya dan isteri sedang berusaha mendapatkan cahaya mata yang kedua, kerana jika rancang untuk jarakkan tiga tahun, risau selepas tiga tahun itu tidak dikurniakan zuriat lagi.”, ulasnya.
Sumber: Instagram Abam Bocey
Leave a Reply