
Baru-baru ini, pelakon watak antagonis Adam Corrie telah berkongsi satu rakaman video di laman Instagramnya. Menerusi video tersebut, Adam Corrie telah merakam gelagat cahaya matanya, Adam Fateh Lee.
Menerusi rakaman tersebut, anaknya dilihat sudah pandai takbir dengan sendiri meskipun baru berusia setahun 3 bulan.
Lantas pelakon itu meluahkan rasa syukur dengan perkembangan anaknya itu.
“Alhamdulillah .. Fateh dah boleh takbir .. Allahu akhbar.. ❤️ .Sayang anak soleh abah & mak ni “, tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat juga memuji Fateh yang sudah pandai mengikut apa yamg diajar dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Sumber: Instagram Adam Corrie
Leave a Reply