Pelakon, Amyra Rosli tidak mahu mengulas panjang mengenai penampilan berhijabnya setelah pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci.
Dia yang ditemui selepas wawancara di Meletop berkata biar peminat dan netizen saja yang menbuat rumusan samada imej terbabit berkaitan dengan wataknya sebagai Dhia dalan drama terbaru, Cemburu Seorang Wanita atau sebaliknya.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya bertudung”
“Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.”
Tambahnya lagi, dia juga turut berasa selesa mengenakan hijab.
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya lagi.
Selain Amyra dan Amar, pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri itu ialah Emma Maembong, Lisdawati, Fauza Nawawi, dan ramai lagi.
Drama bersiri tersebut akan ditayangkan di Astroo Ria pada pukul 7 malam bermula 29 Oktober ini.
Sumber: Instagram Amyra Rosli, Carian Google
Leave a Reply